BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 13 May 2010

cite dr baba utk adik


Assalamualaikum adik. Kat sini ada cerita yang baba nak ceritakan untuk adik. Semoga ini akan menjadi panduan hidup adik kat dunia ni.
Hari ini bertarikh 17 april 2010 bersamaan 1 jamadilawal 1431 ataupun bersamaan hari sabtu.. ops lupe pulak baba hari ni sihat jer. Cume mama jer yang tak sihat. Naper????? Mama tak sihat sebab tengah bawa adik. Sebab adik tengah lepak-lepak dalam perut mama tu. Sekarang ni umur adik dalam perut mama dalam 38minggu. Kalau ikut kan adik dh boleh keluar dah tu.. tapi adik tengah syok lagi duduk kat dalam perut mama tu.. mama sekarang ni dah tak berapa kuat dah. Sebab hari tu doktor cakap berat adik dah 3.2kg lebih.. besar tu tau adik. Mama adik pulak kecik jer orang nya.. tu yang mama selalu tak larat jer tu.
Kalau adik nak tau dalam minggu 38 ni mama kena tahan kat wad Hospital Kuala Pilah. Masa tu baba dengan nenek yang hantar mama. Dalam pukul 3 pagi. Satu malam mama tak dapat tidur. Sebab pinggang mama sakit sangat. Masa baba hantar mama kat hospital tu, doctor cakap mama belum nak bersalin lagi. Doctor cakap biasa la sakit-sakit pinggang tu, tapi baba tengok mama tak tahan sangat baba hantar ler jugak. Sian mama sebab doctor jolok-jolok mama, sume tu doctor buat untuk nak tau keadaan adik masa dalam perut mama.. yer la nk tau jugak sama ada adik dah nak keluar ker atau mama ader sakit lain.. keputusannya adik belum nak kua lagi. So mama kena la tahan kat wad10 sehari.. takut-takut nanti sakit pinggang mama tu datang lagi.
Adik kalau adik nak tau start mama kelua dari wad, mama memang dah tak nak lasak-lasak dah. Baba tengok mama nak berjalan pun punyalah seksa, nak duduk pun tak boleh lame. Nak tido pun tak lena. Cube adik fikir kan bila masa mama nak rehat. Buat tu x boleh, buat nie pun tak boleh. Cian kat mama. Nanti adik dah besar nanti adik kene ingat tau camne susah mama nak jelma kan adik kat muka bumi tuhan nie. Dari baba pulak baba sentiasa berdoa kat tuhan moga-moga Dia akan selamat kan adik dengan mama mase mama bersalin kan adik nanti.. baba jugak sentiasa doakan kat Tuhan tu yang baba dan mama akan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah (zuriat tu adik la tu), yang sihat tubuh badan nya. Yang baik budi pekertinya, yang comel-comel, yang bijak pandai, yang pandai menghormati ibabapanya dan orang yang sepatutnya dihormati dan segala yang baik-baik khas untuk adik. Dan tak lupa juga baba doakan yang adik akan menjadi Khalifahnya yang terbaik dikalangan yang terbaik kat muka bumi Allah nie.
Adik sebenarnya baba dengan mama mengharapkan segala yang terbaik untuk adik. Kalau adik keluar lelaki baba ngan mama berangan jer satu hari nanti adik akan jadi doctor, ustad dan pemain bola. Wah banyak betul angan-angan baba dengan mama kan adik. Tapi kalau perempuan pulak, baba dengan mama nak adik jadi doctor atau jurutera atau cikgu. Huhuhu tu azam baba dengan mama. Kami akan cuba berikan didikan yang termaksimum untuk adik. Dan selebihnya nanti adalah dari titik usaha adik pulak.. adoi jauh betul dah baba cite kan.. sebenarnya baba tadi cume nak cerita pasal adik dalam perut mama jer tadi… ok kita balik pada cite adik dalam perut mama balik.
Adik kalau adik nak tau masuk jer minggu yang ke30 mama dah start cita kat baba yang mama takut bile nak bersalin nanti. Memang selalu mama akan ceritakan ketakutan mama nie kat baba. Boleh dikatakan setiap hari la. Kalau la macam ni keadaannya, boleh tak adik fikirkan macam mana perasaan mama sepanjang menunggu masa nak bersalinkan adik. Mesti mama pikirkan macam mana sakitnya masa nak keluarkan adik nanti, macam mana keadaan kene gunting kulit mama nanti tanpa bius, macam mana keadaan mama nanti yang keluar banyak darah nanti, macam mana keadaan mama mase dijahit kulitnya nanti.. terlalu banyak dipikirkan.. semuanya tu untuk saper..jawapannya UNTUK ADIK. Apa yang baba boleh bantu mama??? Cume baba boleh bagikan semangat jer kat mama. Macam-macam la yang baba bagi tau kat mama. Baba cakap kat mama ini semua perjuangan mama. Mama tengah berjuang untuk keluarkan seorang ISLAM kat muka bumi nie.. bukan mudah untuk buat kerja baik nie.. macam-macam dugaan yang akan tuhan berikan kat mama. Baba selalu pesan kat mama selalu kan beristifar, banyak kan berzikir. Ada la sikit-sikit yang baba ajar kat mama.. baba pun bukan nya pandai sangat pun. Pesan baba kat mama lagi jangan mengeluh dengan aper yang Tuhan tu berikan kat kita.. semua tu ujian untuk baba dengan mama.. mungkin ini semua adalah pulangan yang diberikan jika ada kesilapan baba dan mama pada waktu yang lepas.. Ya ALLAH ampun kan segala dosa-dosa yang telah hamba Mu ini lakukan…segala yang baik itu datang dari Mu dan yang buruk itu datang dari Mu melalui ku.. aku lah hamba Mu yang lemah lagi hina..
Adik, adik nak tau tak mama tengah buat per sekarang. Mama ada kat dalam bilik tu.. tido.. sebab malam tadi mama tak dapat tido.. mama tak selesa nak tido.. setiap pergerakan mama, mama akan terbangun.. nak pusing kanan sakit, mesti mama akan terjaga. Nak pusing kiri sakit, mesti mama terjaga jugak.. lepas tu setiap 3 jam mesti mama kene pegi toilet sebab nak kencing.. nenek cakap kalau selalu kencing tu mesti namanya nak bersalin. Tu maknenya adik akan keluar tak lame lagi.. baba sebenarnya tak sabar nak tunggu adik keluar. Baba ngan mama rindu sangat kat adik. Mesti adik pelik kan naper baba ngan mama rindu ngan adik. Sebab kalau rindu tu, maksud nya kita pernah berjumpa. Tapi camne nak jumpa sebab adik x keluar lagi.. tak kan kita jumper dalam mimpi. Yer ker… sebenarnya baba ngan mama memang dah jumper adik dah. Baba ngan mama jumper adik kat seremban… hahah mesti adik bertambah pening kan cita baba nie kan.. camni meh baba cite ngan adik betul-betul.. baba saje jer buat adik pening.. memang ada baba ngan mama jumper adik kat seremban. Kite jumper adik kat senawang.. kat klinik suria. Doctor tu yang tunjukkan tubuh badan adik kat baba ngan mama.. kalau adik nak tau, mase tu baba nak nangis jer jer.. baba tengok syok sangat adik tido dalam perut mama. Baba nak nangis sebab anak baba ade dalam perut mama.. sejak tu baba ngan mama rindu sangat kat adik.. adik nak tengok x gambar adik dalam perut mama tu…
Adik camne.. kenal tak gambar saper yang baba letak tu.. kenal tak saper tu.. ha tu la gambar adik.. comel kan.. camne la baba ngan mama tak rindu kat adik.. kalau adik nak tau.. lepas jumper adik kat seremban nie. Banyak kali baba ngan mama mimpi kan adik.. memang baba ngan mama rindu ngan kat adik. Sampai ada masa tu mama nangis sebab rindu sangat kat adik… tu makna nya baba ngan mama sayang sangat kat adik.. terlalu sayang kat adik.. x tau la camne nak tunjuk kan sayang tu kat adik.. adik mesti rase beruntung tau sebab dapat baba ngan mama cam kitorang nie… cewaaahhhh…. Adik sayang tak kat baba ngan mama… adik masa baba ngan mama jumper adik kat seremban nie…doctor tu cakap adik nie laki-laki… sebab nampak pipit adik… tak malu betul adik mase tu… elok jer terpacak pipit adik. Doctor tu cakap samer jugak.. die cakap adik x malu.. besar lak tu… tapi ramai yang cakap adik nie perempuan.. yang cakap adik perempuan tu sebab diorang tengok perut mama tu macam cutting pempuan jer.. kalau ikut kan pengiraan baba 80% cakap adik nie pempuan dan cumer 20% jer yang cakap adik nie laki-laki.. tapi bagi baba dengan mama.. aper jer yang keluar nanti baba ngan mama terima jer.. aper yang kua nanti baba ngan mama tetap sayang. Sebab adik kan anak baba dengan mama.
Adik ade sekali tu kan mama cite kat baba yang mama de mimpi kan adik.. die cakap adik comel sangat.. lepas tu macam-macam lagi la mama cite, tapi baba x ingat.. tak per nanti kalau baba ingat balik baba tulis lagi yer.. nie baru jer baba pergi kat bilik, baba tengok mama. Mama tido lagi.. tadi baba janji baba akan kejut kan mama pukul12.00tengahari.. tapi tadi baba tengok mama tido x sampai hati lak baba nak kejut kan.. sian baba tengok mama macam penat jer.. adik nak tau, kalau ikut kan saiz adik nie besar tau. Mama pulak kecik jer… seksa nampak mama bawak adik… tapi tak per sumer tu anugerah tuhan. Baba dengan mama bersyukur sangat-sangat. Itu yang selalu baba cakap dengan mama, kalau adik dah besar nanti, kalau adik degil-degil dengan mama atau melawan cakap mama. Baba akan rotan adik nanti. Baba akan rotan sampai adik nangis. Tau tak kenapa baba akan rotan adik sampai nangis, jawapan nya ada dari aper yang telah baba tulis nie. Tp baba tau anak baba ni baik orang nya.
Adik baba dengan mama nak sangat adik akan jadi orang yang berguna didunia dan akhirat. Selama 9 bulan mama kandung kan adik macam-macam yang telah baba ngan mama belajar. Belajar menghargai kedua ibubapa(atuk, uwan, tok ayah dengan mak wan), belajar mensyukuri nikmat yang tuhan tu berikan pada makhluk nya, belajar menjalankan tanggungjawab dimuka bumi tuhan ni dan macam-macam lagi la adik.. tak dapat baba nak cita kan. Adik baba nak cita kan satu bab lagi kat adik..masa mengandung kan adik mama mesti pergi klinik untuk nak tengok keadaan adik dalam perut mama.. sama adik sihat ker tak. Atau aper-aper jer la yang berkaitan dengan adik dengan mama….
mase mengandungkan adik dari bulan pertama sampai umur adik 9 bulan dalam perut mama, setiap bulan mama kene ambil darah. Tapi 4 bulan pertama, mama kene amik darah 2 kali dalam sebulan.. cian kat mama kan adik.. jadi adik msti hormat dengan mama tau.. sakit mama selalu kene amik darah untuk pastikan adik sentiasa sihat. Lepas amik darah mesti tangan mama lebam-lebam. Semua nie mama buat untuk adik. Mama ader cakap biar mama yang sakit, tapi jangan adik yang sakit..
baba harap bile adik ade kat dunia nie adik belajar la untuk menghormati mama khas nya. Insyaallah baba dengan mama akan curahkan segala kasih sayang baba dan mama pada adik. Baba dengan mama sentiasa berdoa adik akan jadi orang yang berguna dan berjaya hidup didunia dan akhirat. Amin…

0 comments: